Friday 1 August 2014

A bug's life review

Jika anda memerlukan hiburan hujung minggu bersama keluarga, apa salahnya cuba tonton filem animasi Disney dan Pixar yang bertajuk “A Bug’s Life” yang di keluarkan pada tahun 1998. Mungkin tidak sepopular animasi “Frozen” atau “Brave” tetapi filem berjangka masa 1 jam 30 minit ini padat dengan aksi lawak, adventure dan pengajaran bukan hanya  untuk kanak-kanak tetapi juga untuk orang dewasa. Ya, jangan memandang rendah dengan siri kartun kerana ia bukan hanya menghiburkan tetapi juga memberi pengajaran yang boleh dijadikan teladan.

Sinopsis
Cerita ini menceritakan tentang satu koloni semut yang dipaksa memerah tenaga untuk mencari makanan kepada belalang sebelum musim sejuk. Koloni semut ini menjadi tertekan kerana mereka perlu menyediakan makanan yang banyak kepada kumpulan gangster belalang sehingga mereka tidak sempat untuk menyimpan makanan untuk diri mereka sendiri untuk menghadapi musim sejuk. Malangnya Flik seekor semut yang sangat inovatif dan kretif secara tidak sengaja telah memusnahkan makanan yang dikumpul oleh koloni semut yang dikumpul  dengan kerja yang keras. Flik berasa sangat bersalah lalu secara sukarela mahu merantau untuk mencari serangga lain yang berkemungkinan lebih kuat dari kumpulan gangster belalang yang selalu menindas koloni semut.

Pengajaran
1. Dalam cerita ni watak Flik digambarkan seorang yang berfikir luar daripada kotak. Namun sering mendapat tentangan daripada pihak yang lain kerana ia di luar norma kebiasaan. Contohnya ciptaan mesin pemotong , telescope dan idea nya untuk keluar dari sarang itu dan pergi ke tempat lain semuanya tidak mendapat penghargaan daripada yang lain. Menjadi orang biasa memang mudah kerana kita hanya perlu mengikut arus dan norma masyarakat. Tetapi ketahuilah kita perlu menanam pada kanak2 mereka perlu menpunyai prinsip. Contohnya perkara yang salah tetap salah walaupun semua orang melakukannya. Dan juga tidak mengapa jika idea kita tidak disukai atau ditolak oleh orang sekeliling kerana jikalau Thomas Edison mengalah ketika ideanya ditolak oleh orang ramai apa agaknya yang terjadi sekarang, jikalau Wright brothers setuju dengan orang lain yang mengatakan mereka gila agaknya wujud atau tidak air asia dan slogannya “Now everyone can fly”?  Juga jikalau Rasulullah s.a.w berputus asa dan para sahabat tidak sanggup mendengar tomahan orang Quraisy entah sampai atau tidak Islam ke hari ini. Semua kejayaan memerlukan hati yang cekal dan tidak mudah putus asa.

Flik dimarahi kerana berfikir lain daripada orang lain


2.   Menjadi pemimpin bukan hanya menjadi pengarah. Ramai kanak-kanak perempuan yang bila ditanya cita-cita mereka ada yang menjawab ingin menjadi “princess”.  Dalam filem ini menunjukkan apa ciri-ciri menjadi seorang princess yang sepatutnya. Princess juga boleh diertikan seperti ketua. Kita dapat lihat macam mana sukarnya Princess Atta berdepan dengan kesulitan-kesulitan yang berlaku contohnya seperti masalah gang belalang, semut-semut lain yang tidak percaya dengan kepimpinan beliau, dan beliau sendiri tidak yakin dengan diri sendiri. Namun semua itu berubah apabila  beliau sedikit demi sedikit belajar daripada permaisuri semut dan juga tidak duduk goyang kaki ketika yang lain sedang bekerja. Princess Atta turun padang dan memberi semangat kepada semut-semut lain menunjukkan dia adalah ketua yang bagus. Ibu bapa boleh menanamkan sifat kepimpinan anak-anak terhadap adik beradik mereka, barang-barang mereka atau kerja sekolah yang diberikan oleh guru.  Juga boleh kata kepada mereka Rasulullah juga seorang pemimpin dan pemikir dalam peperangan dan Baginda sangat bertanggungjawab terhadap umatnya. Selain itu boleh kaitkan dengan surah al-baqarah ayat 30 yang bermaksud 


 "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi..."

Katakan kepada kanak-kanak "Allah cipta kita semua dengan tujuan menjadi khalifah iaitu pemimpin dan pertama sekali kita perlu menjadi pemimpin kepada diri sendiri" kaitkan dengan cara pengurusan masa, wang, barang-barang, kerja sekolah, keluarga dan rakan-rakan. 
Princess Atta harus bertanggungjawab  ke atas rakyatnya
3. Berani kerana benar. Flik merupakan seekor semut yang berani kerana tidak tahan lagi ditindas oleh belalang dan mahu menyelamatkan nyawa permaisuri. Dia merupakan pencetus keberanian kepada koloni semut kerana menyatakan kebenaran tentang kehebatan semut walaupun dicaci dengan hebat oleh ketua belalang (Hopper). Ibu bapa boleh menanamkan dalam anak-anak tentang keberanian jika ada yang membuli mereka dan situasi yang bagaimana mereka harus berani mempertahankan diri.

Cubalah tonton sendiri dan berikan review anda sendiri di bahagian komen. Jadikan hujung minggu anda bermakna bersama keluarga dan tontonlah filem yang bukan hanya menghibur tetapi mendidik juga.


No comments:

Post a Comment