Saturday 2 August 2014

Impak Frozen dan Tangled


Seorang budak perempuan berusia 4 tahun pernah berkata kepada saya

“Dah besar nanti saya nak jadi seorang puteri”

Kanak-kanak lain pula sedang berebut-rebut melihat beg baru kawan mereka yang bertemakan filem animasi Frozen. Masa yang lain pula saya sempat meilhat mereka mewarnakan watak kartun kesukaan mereka Elsa dan Anna dalam buku mewarna mereka.

Mereka masih kecil tetapi amat terimpak dengan filem puteri ini. Oleh sebab itu, sangat penting pengawasan ibu bapa ketika anak-anak mereka sedang menonton televisyen. Lebih-lebih lagi pada waktu kecil, ibu bapa harus mengajarkan perkara yang betul dan salah di sisi islam kerana filem-filem ini semua datang daripada barat jadi mereka akan tunjukkan gaya hidup barat. Tidak mahu anak-anak kecil menjadi keliru dan berangan-angan mahu hidup seperti itu dan merasakan hidup sebagai seorang islam tidak menyeronokkan.

Contoh yang scene yang boleh kita didik anak-anak adalah ketika watak “berkucupan”. Ibu bapa boleh katakan “Ini salah di sisi Islam, mereka belum berkahwin lagi, ini budaya barat”

Scene Rapunzel dan Anna mengikuti lelaki yang tidak dikenali untuk pengembaraan masing-masing; katakan “ kita tidak boleh terus mempercayai seseorang begitu sahaja, tidak semua orang baik seperti Eugene dan Kristoff” dan boleh kaitkan dengan kes penculikan yang banyak berlaku dewasa ini.

Secara jujurnya saya tidak begitu minat dengan cara Disney menceritakan gaya hidup seorang puteri dalam Frozen dan Tangled. Seolah-olah hidup seorang puteri tak lebih daripada istana, gaun yang cantik dan hidup yang mewah. Cuba tonton filem A Bug’s Life, ia menceritakan tanggungjawab sebenar seorang puteri.


Ya, anda juga boleh berhibur sambil mendidik (senyum sampai nampak gigi)

No comments:

Post a Comment