Saturday 2 August 2014

review Epic (2013)

Jikalau anda sukakan filem animasi aksi dan kelakar filem ini sesuai untuk anda.


Filem animasi Epic yang dikeluarkan oleh Blue Sky Studios pada tahun 2013. Durasi filem 1 Jam 34 minit. Umur kanak-kanak yang digalakkan untuk menonton cerita ini adalah 8 tahun dan ke atas kerana ia mempunyai scene-scene yang agak kejam dan mungkin kurang sesuai untuk kanak-kanak yang terlalu muda.

Sinopsis
Ia mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang bernama Mary Katherine atau M.K yang menjadi kerdil di dalam hutan dan bertemu dengan askar daun (leaf men) bersama mereka melindungi hutan daripada kuasa jahat yang cuba untuk memusnahkannya.

Pengajaran
    
Dalam cerita ini ayah kepada MK sedang giat melakukan experiment tentang orang kerdil di dalam hutan tetapi tiada siapa yang mempercayai ayahnya. Selama bertahun-tahun ayah MK melakukan experiment tersebut sehingga berlaku perceraian antara ayah dan ibu MK kerana ayahnya terlalu obsess dengan kajiannya yang akhirnya memang terbukti benar orang kerdil itu wujud. 
 Hal ini menunjukkan kadang-kadang kita perlu mendengar sesuatu perkara walaupun perkara yang tidak masuk akal daripada keluarga kita. Dalam berkomunikasi kita selalu sangka kita perlu bercakap untuk berkomunikasi tetapi tahukah anda, komunikasi yang paling berkesan adalah mendengar dan faham dan kemudian berfikir apa yang betul dan apa yang tidak kemudian barulah cakap. Begitu juga apabila berinteraksi dengan anak-anak. Mereka sangat-sangat perlukan perhatian ibu bapa. Walaupun penat dengarlah kisah mereka walaupun sebenarnya kita tak faham atau kita rasa terlalu remeh kisah mereka tetapi ia bagaikan dunia bagi mereka. Dan kita juga perlu mengajar kepada anak-anak “nanti dah besar adik pula perlu mendengar mama bercerita” (sambil tersenyum). Tidak lupa juga dengan ibu bapa kita sendiri, makin meningkat umur mereka, sensitiviti mereka semakin tinggi. Selalulah menelefon mereka bertanya khabar dan dengarlah kisah mereka. Hidup ini penuh dengan tanggungjawab untuk tunaikan hak orang lain.
MK dan ayahnya


Semua ciptaan Allah ada fungsinya. Siput, bunga dan pokok semuanya ada fungsi-fungsi mereka. Kalau satu hilang ekosistem akan jadi tak seimbang. Contohnya macam siput fungsinya sangat penting walaupun kita rasa tidak, ia makan daun-daun kering dan kulat. Kalau bukan mereka yang bersihkan daun-daun kering tu siapa yang nak buat? Hehehe. Siput juga menjadi makanan kepada burung dan ikan.

Mub dan Grub
Selain itu boleh katakan kepada mereka tentang  semua makhluk di bumi ni semuanya bertasbih pada Allah dengan bahasa yang kita tak faham. Kita nampak batu tu tak bergerak kan? Tapi sebenarnya ia sedang bertasbih dan menjalankan tugas dia sebagai batu sebab itu arahan Allah.
Macam dalam surah As-Saff ayat 1 yang bermaksud

“bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

Lepas tu boleh ingatkan kembali kepada anak-anak kalau batu dan siput pun ada fungsi apa fungsi manusia di muka bumi?

Untuk beribadah, untuk tunduk dan patuh pada Allah.
Dalilnya dalam surah Az-dzariyat ayat 56 yang bermaksud
“dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku”

Kemudian boleh lah kaitkan ibadah itu bukan solat dan puasa je. Pergi sekolah menuntut ilmu pun ibadah, tolong ibu bapa dan guru pun ibadah, makan dan minum pun ibadah; dengan syarat buat ikhlas kerana Allah dan ikut syariat (senyum sehingga nampak lesung pipit).


Semoga terhibur!

No comments:

Post a Comment